Saturday 8 December 2012

LAWATAN TAHUN 6


LAPORAN LAWATAN TAHUN 6 2012

Pada 11 Oktober 2012 (Khamis): Seramai 129 orang murid tahun 6, bersama 9 orang guru pengiring telah mengikuti program ini. berpeluang melawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Dewan Undangan Negeri [DUN] dan Astana Negeri Sarawak.  Cikgu yang terlibat mengiringi murid ialah Cikgu Rashibah ismail [ Guru Kelas Tahun 6 Bestari], Cikgu Mohd Zamri bin Juli [Guru Kelas tahun 6 Cemerlang], Cikgu Ismawariti binti Jobli [Guru Kelas Tahun 6 Pintar], Cikgu Kamaruddin bin Maharip selaku Penyelaras Program, Cikgu Majanah Jelais [PK1], Cikgu Ajar @ Siti Ajar Bt Yasin [Penolong Kanan HEM], Cikgu Belly bin Solhi [Guru Bimbingan Kaunseling],Cikgu Rosli bin Eli [ Guru Data] dan Cikgu Harun bin Muhamad .    Program lawatan sambil belajar ini juga menjadi salah satu program yang dimasukkan dalam Program Selepas UPSR [PASCA UPSR] untuk murid-murid tahun 6.

Dengan adanya program lawatan ini, pihak murid akan dapat meluaskan pandangan mereka serta menambahkan pengalaman melawat  bersama rakan dan guru di akhir perjalanan hidup mereka sebagai murid sekolah rendah.  Lawatan ini juga akan meninggalkan kesan manis bersama guru dan rakan-rakan dalam kehidupan mereka.

Objektif program adalah seperti berikut:

1.    Menambah pengetahuan murid tentang sejarah penubuhan Kuching International Airport [KIA], Dewan Undangan Negeri [DUN] dan Astana Negeri.
2.    Memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 pengurusan pentadbiran tempat yang dilawati;
3.    Merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan murid sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.
4.    Menanam sikap berdikari dan bijak mengurus diri sendiri semasa lawatan tanpa bantuan ibu bapa.
Mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan kaedah kajian untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
ATURCARA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PELAJAR TAHUN 6 PASCA UPSR
SK SEMARIANG
HARI KHAMIS, 11 OKTOBER 2012
06.30 pagi : Berkumpul di Tapak Perhimpunan Blok Pentadbiran
07.00 pagi : Sesi taklimat keselamatan
07. 15 pagi: Bertolak
08.00 pagi : Lawatan ke LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING [KIA]
10.30 pagi : Lawatan ke DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK [DUN]
12.10 thari : Lawatan ke ASTANA NEGERI SARAWAK
01.45 ptg : Bertolak balik

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam semasa lawatan dijalankan.













06.30 pagi : Berkumpul di Tapak Perhimpunan Blok Pentadbiran
07.00 pagi : Sesi taklimat keselamatan
07. 15 pagi: Bertolak


 


08.00 pagi : Lawatan ke LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING [KIA] 


No comments: