Saturday 29 September 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 12/Zulkaedah/1433 [29/09/12]


Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Khatam Al-Quran yang julung kali diadakan di SK Semariang. Majlis Khatam Al-Quran Perdana pada hari ini merupakan himpunan 32 org peserta daripada Tahun 4, 5 & 6. Seramai 20 orang peserta adalah pelajar Tahun 6 yang telah khatam al-quran sebenarnya. Manakala 12 orang peserta lagi adalah pelajar Tahun 4, 5 & 6 yang telah khatam di dalam program Tadarus Al-Quran sempena ihya ramadahan pada tahun ini. Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” 

Surah al-Isra':9























No comments: